Tuesday, June 28, 2011

Musim Pencuri Mencuri sudah Kembali

Batu Pahat - Dilaporkan satu kejadian pecah masuk asrama telah berlaku di blok 02 IPG Kampus Tun Hussain Onn pada jam 4.30 pagi (ok, aku tipu). Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai A menceritakan perihal kejadian tersebut kepada penulis blog dan dua mangsa pencuri yang sama (mungkin) yang telah mencuri barang mereka pada mei yang lalu. Dua mangsa sebelumnya yang juga merupakan kawan rapat penulis blog telah kehilangan sebuah komputer riba, modem broadband, telefon bimbit dan wang RM20. Kerugian dianggarkan melebihi RM 2,000. Mangsa terbaru, kehilangan komputer riba, telefon bimbit dan wang RM 200.
Tindakan segara diambil oleh pihak IPG Kampus Tun Hussain Onn dengan membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan. "Spot Check" dilakukan di setiap bilik di blok 02. Walaubagaimanapun, keputusannya hampa, tiada barang yang dilaporkan hilang ditemui. Walaubagaimanapun, pihak pentadbir IPG tersebut amat terkejut dan berubah menjadi kaya raya kerana terlalu banyak benda haram yang ditemui di setiap bilik dan berjaya dirampas. Barang-barang yang dirampas termasuk periuk nasik, multi-cooker dan pelbagai alatan memasak yang lain.

Sekian sahaja buletin 8.30 malam. sehingga berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama.

Sunday, June 26, 2011

PISMP Semester 4 2011

Last published July 24, 2010???? huh, hampir setahun sudah terkubur. Ini semua salah admin..Liena Razali.Oleh itu saya sebagai pembaca yang tidak berpuas hati terus melakukan rampasan kuasa berkuat kuasa hari ini..ahahahaha

Sebagai permulaan menghidupkan blog ini, saya letakkan sekeping gambar je lah ye..Jadual PISMP PJ SEMESTER 4 PINDAAN 1 BERKUAT KUASA PADA 27 JUN 2011.



p/s: nak buat rampasan kuasa la konon..dapat balasan serta merta..ambik ko..depan admin pulak tu dapat balasan..aduhhhh, sakit p*****Q