Saturday, July 24, 2010

ZZzz....sleep for a while

Kroh..kroh....Kroh..kroh....Kroh..kroh....




Zzzzzz.........................(=_=)

Wednesday, July 7, 2010

TIPS RENANG: Keperluan Mandi Sebelum dan Selepas Berenang


semester 2 ni ada subjek renang PJM 3104.. so hari ni ada tips yang nak dikongsikan iaitu keperluan mandi sebelum dan selepas kita berenang.


Sebelum Berenang:

Mandi sebelum masuk ke dalam kolam utk mulakan aktiviti renang adalah perlu, antara sebabnya adalah dari segi kebersihan. Bila mandi, kemungkinan habuk2 yg ada kat badan kita akan terjatuh sekali bersama air pancuran. Sebab kedua adalah untuk menyedia dan menyesuaikan badan kita dengan suhu air. Jadi badan kita takla terkejut jika tiba2 kita masuk kolam. Lebih-lebih lagi jika berenang di kolam indoor yang suhu airnya agak sejuk. Ini kerana sebelum tu kita dah mandi dulu siap-siap.

Selepas Berenang:

Sebab utama digalakkan untuk mandi selepas keluar dari kolam renang berkait rapat dengan suhu. Suhu air dalam kolam renang biasanya berbeza berbanding persekitarannya. Perbezaan ini akan menyebabkan otot menegang. Jadi digalakkan untuk mandi selepas aktiviti berenang untuk menghangatkan badan bagi menghindari tegang2 otot. Jika anda perasan, dalam acara sukan akuatik, perenang dan penerjun terutamanya mesti akan mandi atau berendam sejurus selepas acara/giliran mereka tamat. Inilah sebabnya :)


Dari pengamatan, didapati mereka yang biasa kat rumah mandi dengan air panas akan mengalami masalah jika berada di kolam renang tanpa mandi pancuran secukupnya sebelum berenang. Agaknya kerana badan dah terbiasa dengan air panas, jadi bila masuk kolam yang sejuk, badan secara semulajadi berasa kurang selesa. Dan bila ini terjadi, mereka akan lebih cepat menggigil dan terasa sejuk bila berada dalam kolam. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang baik kerana bila badan sejuk dan menggigil, tumpuan kepada kelas dan pelajaran tu kurang. Jadi adalah dinasihatkan anda untuk MANDI PANCURAN DULU DENGAN SECUKUPNYA sebelum masuk ke kolam. Terutama bagi kanak-kanak. Ditekankan untuk mandi dengan cukup agar badan sempat menyediakan diri dengan keadaan suhu yang berbeza.

Jadi harus difahami bahawa keperluan untuk mandi sebelum dan selepas berenang/masuk kolam bukanlah sekadar nak membersihkan diri tapi lebih dari itu. Jika sebelum ini kita selalu abaikan perkara ni, mungkin kita boleh sama-sama jadikan tabiat untuk mandi sebelum dan selepas masuk ke kolam. Sebab kita masuk kolam, samada untuk berenang atau sekadar berendam tu belakang kira! :)

sekian.


info

PISMP PJM SEMESTER 2 2010


selamat kembali!!